Pages

Friday, December 27, 2013

SESUATU

Mempersembahkan....


Sesiapa yang nak beli Zine SESUATU yang sungguh sesuatu ini.. boleh emel ke zinesesuatu@gmail.com dengan subjek Order: Zine SESUATU. We'll try to respond ASAP.

Secara ringkasnya, content zine ni sangat random. Cinta, politik, kisah hidup dsb semua ada.

SESUATU, tentang semuanya. :)

Monday, November 18, 2013

Secebis daripada 'SESUATU' -- Sesuatu yang Terlupakan

Selalu kita leka. Dibawa arus kehidupan. Kadang-kadang jalan yang kita tempuh enak lurusnya. Namun kebiasaannya pedih seksanya.

Ahh.

Tapi itu yang namanya hidup.

Ada pahit dan ada manisnya.

Kita masih juga bertahan. Dan terus bertahan. Dalam pada masa yang sama berharap belas dari Tuhan. Meminta dan terus meminta. Sampai kadang-kadang terlupa. Terlupa mengungkap SYUKUR padanya. Terlupa melaksana perintah Dia.

Dan semuanya kerana dunia yang Dia cipta semata-mata sebagai tempat memberatkan timbangan pada sebelah kananya. Umpama petani, menyemai tanamannya. Sampai masa dia akan merasai manisnya bila menuai hasilnya.

Begitu juga manusia. Pahala yang kita tidak nampak, yang kita tidak tahu banyak mana.. balasannya di sana. Dosa yang menimbun di catitan Atid juga balasnya di sana. Adil.

Buat baik, balasnya baik. Kalau tak di dunia, di sana nanti. Buat jahat, dibalas jahat. Tidak hari ini, balas pada hari kemudian nanti jauh lebih perit.

Rahmat.

Tuhan sentiasa beri rahmat. Kalau tiada rahmat Dia, manusia sendiri takkan wujud. Tapi sesuatu yang sering terlupakan, oleh kita manusia ciptaan Dia,

SYUKUR.

Kita terlalu bongkak. Berjalan angkuh di atas bumi yang nyata-nyata punya Dia. Nyata-nyata Dia yang cipta. Tetap, sesuatu yang kita terlupakan,

SYUKUR

atas kesempatan untuk hidup, atas rahmat, yang nyata-nyata dari Dia yang punya segala.

Ya. Sesuatu yang terlupakan itu

SYUKUR pada Dia.


Thursday, October 17, 2013

Sembunyi

Bila sesuatu yang selama ini aku sembunyi
Dibongkar dek mulut becok orang yang aku percayakan untuk 'sesuatu' rahsia itu
Aku pissed off
Aku tak mudah percaya
Aku memilih pada siapa aku bercerita
Tapi bila dikhianatkan
Aku jadi sedih
Siapa lagi hendak aku percayakan
Dengan cerita-cerita bodoh, bangang aku
Kalau semua yang aku percayakan pada dia selama ini
Dikhianatkan
Disebarkan
Kau ingat aku super freaking cold hearted girl?
Kau salah bangsat!
Aku cuma budak perempuan yang susah hendak percaya
Dan tidak cukup kuat menanggung rasa dikhianat.
Reti kamu?
Aku kira aku boleh percayakan kamu dengan hati aku yang fragile nak mati ni.
Aku salah.
Celaka kau, SAHABAT!
Ya, aku masih mengira kau sahabat aku.
Jangan kau risau.
Cuma kau hilang 'sesuatu' yang susah aku beri pada sesiapa,
Itu adalah PERCAYA.
P/s: tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati. Ini semua fixi. (baca dengan nada serius)

Friday, October 4, 2013

pembikinan 'sesuatu'

tak mudah sebenarnya
mencurah apa yang berlegar di minda
menjadi susunan aksara indah

kadang-kadang bila terlalu mencuba
sumbang kedengarannya
pincang jalan ceritanya

kadang-kadang bila terlalu santai pula
hancur bahasanya
hilang indahnya

Tuesday, October 1, 2013

#cutiempatbulan

aku dah menghabiskan sebulan daripada cutiempatbulan aku.
ada lagi tiga bulan yang bersisa.
dan aku bosan, yang teramat.
tak tahu nak buat apa.

hari ini kawan aku tanya 'weyh, weekend ni kau nak buat apa?'
masalahnya..
aku esok pun aku tak tahu nak buat apa.

sebelum cuti. in fact empat bulan sebelum cuti, macam-macam aku plan.
bila dah cuti, satu pun tak jalan.
macam bangang.

masalahnya juga, bila aku nak berjalan, nak dapat permission tu bapak seksa.
padahal aku bukan travel pegi mana pun.

ahhh.

BOSANNNNNN!

Sunday, September 1, 2013

priceless

sepanjang setahun ini
banyak ilmu yang aku kutip
banyak pedih yang kena aku hadap.

biasalah.

pegang amanah tak pernah mudah.

Saturday, August 31, 2013

egois

kolam mata berair
diasak lagi

empangan pecah

lari
mutiara disembunyi

-- egois.

Thursday, August 29, 2013

biarkan

biarkan aku begini
aku sudah biasa

tinggalkan aku sendiri
tak perlu kau ganggu

jangan kau datang di hati
aku tak mampu tampung beban merindui kamu.

bangang betul rasa rindu kat orang yang langsung tak tahu ni.
siot.

Wednesday, August 28, 2013

malu

untuk meluahkan cinta sayang aku
aku malu.

untuk aku peluk cium kasih
aku malu.

abah mak,

i may not say this to your face
but i love you two..
more than anything else in this world.

datanglah gelora
yang aku mahu ada di sisi aku tetap kamu dua.

datanglah dugaan
wajah kamu dua sudah cukup jadi penawarnya.

Allah.
jagakan mereka. 
sebagaimana mereka berdua menjaga aku semasa kecil dan mengajar aku mengenal dunia.

Allah.
beri aku, si anak tak guna ini peluang untuk menjaga mereka di hari-hari tua.
dan semoga pada hari-hari tua mereka, 
Kau berikan aku upaya dan pinjamkan aku sabar..
Kau ingatkan aku pengorbanan mereka untuk aku jika aku terlupa, Allah.



Tuesday, August 27, 2013

Senyum

Si baju hijau celoreng
Membuang pandang ke luar

Si gadis berbaju kurung biru
Membuang pandang ke luar

Bila kereta metallic gold dan trak celoreng berselisih

Si jejaka lempar senyum segaknya
Dan si gadis terpana....

Ahhh..


Sunday, August 11, 2013

Penat

Lately, banyak sangat assigment. Banyak SANGAT okey. Dah la dateline semuanya dekat-dekat. Aku tak faham kadang tu, lecturer ni dah berpakat ke apa. Ni namanya persoalan bengong yang keluar daripada otak yang dah menuju kebangangan sebab projek and assignment tak siap lagi.

Oke, tadi tu intro.

Aku ni tengah tension sebenarnya. Aku tak tahu lah kenapa aku tak berjodoh gila dengan Power Point. Kat lappy aku oke je. Bila nak bukak dengan komputer kat Lecture Hall corrupt lah apa lah. Menyampahhhh.

Semalam sepatutnya aku dah lepas dah presentation aku. SEPATUTNYA. Sekali sebab tak boleh bukak postpone hari Jumaat ni. Tahu tak, aku dah penat. Malas dah nak fikir pasal ni. Ingatkan semalam lepaslah satu beban.

Haiyaaaa....

Maaflah entry ni berbau emo. Sekadar meluahkan rasa. Ecehhhh. Jiwang sangat.

pergilah

aku senyap
aku tak membalas
aku tak peduli

pergilah kau.

sebab aku tak mampu nak menanggung kalau rasa itu kembali

sudahlah

pergi saja.

Tuesday, August 6, 2013

pernah

dulu..

aku pernah suka main make-up 
aku pernah suka dress up
aku pernah suka all those girly stuff

ya. 

you read it right.

PERNAH.

dan aku tak tahu mana segenap inci sifat 'perempuan' aku hilang.
sikit demi sikit. haha.

ya.

aku TAK TAHU.



Sunday, July 28, 2013

waktu kecik dahulu

masa aku budak-budak
ringan serta comel
aku selalu buat-buat tertidur di ruang tamu

nanti abah akan kejut aku

aku buat-buat tak bangun..
sebab nanti abah akan angkatkan aku
dan aku suka itu

aku rasa.. hakikatnya..
abah tahu je aku yo yo oo je dah tido

tapi dilayankan saja gedik aku.

wiwiwi

dua hati

hati aku yang satu ini
aku serahkan pada sekalian manusia

ambillah

torehlah semahu engkau

sekalipun mengalir selautan darah
pedihnya tidak aku hiraukan

hati aku yang satu lagi
aku simpan
aku serah pada Tuhan

untuk Dia jagakan

sebab aku tahu
Dia tak pernah mengecewakan


kekangan

kekangan rasa lagi bangsat dari kekangan masa.

celaka.

mana pergi rasa ghairah nak menagih ilmu.
mana pergi rasa berlumba-lumba nak jadi nombor satu.

arghhh.



Saturday, July 27, 2013

rindu lagi

kala angin berlalu
aku titipkan rindu buat kamu.

rindu

hati aku kata rindu
akal aku kata BANGANG JANGANLAH LAYAN PERASAAN TAK GUNA TU.
ya aku tahu.
memang bangang.

dia sudah punya janjinya.
pada gadis yang dicintainya.

aku tunggu saja rasa ini berlalu.

suka hati kau lah hati.

ambillah selama mana yang engkau mahu.
aku tunggu kau kembali ringan.

sampai kala itu. biarkan aku rasa nikmat pedih hati ini merindu.

p/s: ya rindu itu untuk kamu. :P

Friday, July 26, 2013

kau tuan hakim kah?

jangan kau adili aku dan masa laluku

kau sendiri tak tahu apa masa depan janjikan untuk engkau dan aku.

doa saja.

mintak Tuhan mantapkan pegangan.

moga hati kita tak dibolak-balikkan.

aku lagi takut mahkamah mahsyar.

aku lagi gerun penghakiman dari Allah, Tuhan satu-satunya.

yang maha adil seadil-adilnya.

yang mencipta aku, kamu, mereka dan sekalian cakerawala.

Wednesday, July 24, 2013

'cukup'

belum merasa 'cukup'
masih ada ruang kosong

tapi kadang-kadang yang kosong tu
buat aku bahagia
atas bebasnya

yang kosong itu buat aku girang
kerana ketidak rumitan nya.

Monday, July 22, 2013

sengaja

ya aku mengaku
memang aku sengaja

lantaklah orang nak kata apa

aku tahu tindakan aku itu apa akibat dia

dah terlebih masak aku fikir
dah tepu otak aku mencerna
dah lelah tubuh aku berusaha

ya.
aku tahu.
nama aku yang sompek nanti.

tapi aku bukan jenis manusia yang kisah.
bukan jenis manusia yang peduli
dengan bisik-bisik orang tentang aku

Friday, July 19, 2013

memori

kerana indahnya
aku sukar untuk melepaskan

kerana pahitnya
lebih sukar untuk aku lupakan

berat hidup dalam kenangan ni
sesak tahu?

p/s: mohon The Krikikers buat reunion cepat. aku dah ala2 jadi perindu sejati dah ni haishhh.




seperti biasanya

semalam, hari ini, esok dan lusa.
mungkin juga tulat, tubin, tonggeng dan seterusnya.
aku masih menjalani hidup seperti biasanya.

-- sebenarnya.. entry ni kalau aku elaborate aku yang malu sendiri. so biar lah sampai sini. kbye.

Tuesday, July 9, 2013

sunday at khizanat


hari ahad hari tu 7th of July 2013, aku gerak ke khizanat, ipoh untuk #bacaanpuisitepijalan by #fynnjamal (ketahuilah aku sendiri tak tahu apa motif aku letak hestek kat sini. tapi.. ada aku kesahhh? haha)



kerusi tinggi ni kosong lagi. time ni kok ping tak sampai lagi. 
instagram khizanat: http://instagram.com/khizanat


nampak tak berapa ramai dalam ni. nasib baik aku datang awal. dok depan gilaaaaaa.


time masuk tu kak fynn bawak juna. waaaa comel gila dia sampai semua jerit macam kena histeria.



ni time kak fynn tengah berceloteh dengan khusyuknya dan aku pun dengar sepenuh perhatiannya. kalaulah aku khusyuk macam tu dalam kelas haha.


me with kak fynn :)

event ni sangat best. mohon projek rabak organize lagi. nanti aku datang kat khizanat lagi. itu hari, tak sempat nak pekena beger and kopi yang orang kata lejen tu. peh peh peh.

kok ping sangat kelakoooo. dalam kelako-kelako dia tu, dia suntik nasihat. 

thank you kak fynn for all the nasihat, sharing and amazinggggg bedazzlinggggg performance.
 thank you projek rabak.
 thank you khizanat.
 and thank you to the unsung hero, brader jayzuan. 
sebenarnya nak tangkap gambar dengan dia hari tu, tapi sebab aku ni kadang-kadang pemalu (malu-malu kucing orang kata), makanya aku tak tangkap gambar dengan dia lolol. 

dan semestinya, terima kasih kepada syarah husna dan kamil haiyat! weeeeeeee


gadis berbaju kurung itu syarah. 
yang tak ayu sebelah tu opkos la aku, keon.


yang ini kamil haiyat. 




ahlan wasahlan ya ramadhan kareem.

target ramadhan kali ini:

harus diingatkan, target tu letak biar yang kita boleh capai. hangpa tengok list aku ni yang aku rasa aku boleh capai. karang aku letak yang tak boleh aku capai aku yang frust tertonggeng nanti. 

1) solat 5 waktu jangan tinggal. 
dan laksanakan tanpa bertangguh. kalau ada kelas lain cerita dia.

2) al-Quran 5 paling kurang muka satu hari. 
jangan nak kejar muka surat sangat sampai bacaan haru biru. target utama nak perbetul balik bacaan, tajwid makhraj apa semua. jangan kejar muka, kejar kualiti. kuantiti tu kalau sempat boleh.

3) al-ma'thurat pagi and petang paling kurang sekali seminggu.
yang ni dah tinggal lama sangat. sapa suruh jadi manusia leka. dulu kat sekolah dah elok dah belajar apa semua lepas tu habis, tinggal. bagus sangat perangai.

4) al-waqiah/as-sajadah lepas subuh, ad-dukhaan lepas asar, al-mulk lepas terawih.
yang ni pun dah tinggal lama. sapa suruh jadi manusia leka. ayat seperti skema item no 3.

5) hafal balik juz amma.
manusia mudah lupa. tapi hang ni lupa tahap kronik wahai khairunnisa. juz amma pun hafalan hancur berderai. makanya, kena perelok hafalan untuk yang dah hafal, dan hafal balik yang dah lupa.

6) kurangkan bercakap tentang orang.
mengurangkan pahala. dapat dosa. orang yang dicakapkan tu elok je hidup bahagia. ingat tu!

7) mengurangkan masa dengan internet.
ni paling utama. dengan mengurangkan masa dengan internet (by saying that, i mean, mengurangkan masa dengan social networks, ie: burung berkicau, buku biru, instakilo. nokharom kalau buat esemen tak refer internet masak aku) maka masa untuk benda-benda lain yang lebih berfaedah lagi membuahkan pahala dapat dibuat.

8) infaq
jangan kedekut. orang yang kedekut ni rezeki dia tara tu je lah. tak berkembang. lebih kita memberi, lagi banyak kita akan terima in return. ingat tu!

okey. dah-dah tu. karang letak banyak-banyak tak tercapai aku yang frust.

yang penting, aku harap, saat aku keluar dari ramadhan kali ini nanti, aku jadi insan yang lebih baik. sebab orang yang masuk dan keluar dari ramadhan tapi masih sama, sesungguhnya rugi.

moga lepas tu aku dapat istiqamah. 

Allah, beri aku kekuatan. 

nahh. layan lagu ramadhan paling feeling bagi aku!


lumrah

orang datang dan pergi
yang tinggal sampai mati
kenangan yang dia beri

yang pahit
yang manis
yang macam celaka
yang indah macam aku *ehh perasan*

aku semat
selagi Tuhan beri pinjam memori
aku ingat

Saturday, July 6, 2013

random

turun mart village 4. nak beli asikrim.
hurmm. tutup pulak.
naik village 3 lah.
otw, terserempak dengan 3 kids.
tengah main.

naik village 3.
pergi mart.
beli 2 aiskrim, nutella, f&n fruit tree mango drink.
aiskrim crunch makan tengah jalan. tak menyabo.
asikrim lagi satu dalam cawan.
ingat nak balik sapu nutella atas roti, letak aiskrim.
pehhh nikmat.

dah nak sampai dah pun kat blok aku.
terserempak dengan budak bertiga tu lagi.
i remembered how kid loves ice cream.
tengok dalam plastik.

jalan sampai dah lepas dorang.
hurmm.
habuan dorang kot ni.
patah balik.

nah. amek ni. kongsi-kongi tau.
terima kasih kak.

lepas tu aku jalan sambil senyum naik blok.

haha.

random things from random people bring happiness y'know.
as much as i love ice cream when i was i kid, i know, they love it too.

bergembiralah kamu anak kecil.
dunia ini memang indah untuk kamu.
sudah besar nanti, tiadalah lagi masa untuk main lari-lari.

Thursday, June 27, 2013

kertas conteng

hati aku bukan kertas conteng
untuk kau capai
dan coret
kemudian kau ronyok semahu engkau
dan lempar 'kertas conteng' itu ke dalam tong sampah

bangsat.

Wednesday, June 26, 2013

sebar

yang manis,
kita sebarkan;
biar satu dunia merasa kebahagiaan,
biar satu dunia ini terasa nyaman.

yang pahit,
kita telan;
dunia ini sudah cukup penuh dengan celaka,
untuk kita tambah kisah duka.

ini soal PERCAYA

ceritanya;
banyak yang berbuku di hati aku.

tapi ceritanya juga;
aku tak percaya sesiapa,
untuk aku lepas semua cerita.

mudah.
aku memang mudah rebah.

tapi biarlah,
rebah aku sendiri;
rebah aku biarlah Tuhan saja yang ada di sisi.

sebab aku tak perlu ada;
orang yang menjadi pengadil hidup aku.

jatuh, bangkit, sakit, perit.
tu semua lumrah hidup.
semua orang rasa.
itu satu lagi sebab kenapa aku rasa aku tak perlu cerita.

sebab pada aku,
sesak-sesak hidup aku;
ada lagi yang hadap lebih berat dari aku.



Wednesday, June 5, 2013

tak kisah atau buat-buat tak kisah

entah. tahun ni tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.
tiada lagi rasa teruja.
umpama tarikh itu tak memberi makna walau sedikit pun.

entahlah.

Thursday, May 30, 2013

lembik

digertak, melatah.
diasak, empangan pecah.

lembik!


Hey, Gadis

Hey, Gadis!
Hari ni kau dah genap 19 tahun.

are you peeping ****? :P


Tuhan,
jagakan kawan aku yang sengal ni.
letakkan dia di bawah lembayung rahmatMu
panjangkan umurnya dan berkati hidupnya

Tuhan,
jadikan ikatan persahabatan kami ikatan yang dijalin kerna Engkau
dan bukannya ikatan yang sia-sia

Tuhan,
beri dia kesihatan,
beri dia kecerdasan,
beri dia kejayaan.

Pada Emzek yang sengaliah binti sengalidin,
Semoga kau dipanjangkan umur dimurahkan rezeki.
Dan semoga dipermudahkan jua segala urusan study kau selama kat utp ni hah... *EE tuhhhh*
Moga Tuhan menyampaikan jodohmu dengan lelaki itu. *ihikhik*
It's a bless to have you as my friend sampai aku wonder, entah macam mana aku boleh tetiba rapat ngan ko. Haha.

Sebagai khatimah,
selamat hari jadi. sanah helwah. sheng ri kuai le. saengilchukahamnida. :D

time MAS JAN 13
pehh muka gaya editor berjaya!



Monday, April 29, 2013

refleksinya atas diri.

kalau suruhan Tuhan pun kita lengahkan
apa lagi kalau disuruh manusia

kalau 'date' dengan Tuhan pun kita lambat
apatah lagi kalau berjanji dengan manusia

kalau hubungan kita dengan sang Khaliq pun renggang
macam mana kita nak jaga hubungan dengan manusia

aku jadi terfikir.
macam mana kita jaga hubungan kita dengan Allah
macam mana attitude kita dalam menjalankan perintah dia
akan reflek pada diri kita balik

buruk hubungan kita dengan Dia
buruklah hubungan kita dengan manusia dan seisi alam ini

sebab Allah lindung hamba Dia yang sentiasa mendekatkan diri padaNya.

Allah.
banyak sudah aku leka
bila urusan hidup selalu saja tak kena
mesti ada silap kat mana-mana

silap aku
banyak
di mana-mana sahaja

Tuhan,
beri aku kekuatan
untuk tampal mana yang kurang.
untuk betul mana yang salah

bila malam jadi siang.

nak jadi apa?
burung jampuk? musang?
malam saja, mata cerah.
gelap saja, ligat.

berat.
bila kitaran tidur pun dah tak betul.

bak kata mak.
tidur malam bawa sihat.
tidur siang undang sakit.

bila kitaran tidur tak betul.
mula lah waktu makan pun tunggang al-langgang.
bila makan tak berjaga, badan pun lesu.
bila badan lesu nampak tak bermaya.
bila nampak tak bermaya, erkkk.
dah tak tahu nak sambung apa.

nokturnal sungguh lah.

Tuesday, April 23, 2013

definisi dan hasilnya

sebagaimana kita mendefinisi kehidupan, begitulah kita akan menghidupkannya. sebab tu, pada awalnya, definisi itu yang penting untuk kita set bagi betul-betul dulu.
pada aku, lepas kita define something right --> membawa kepada niat yang betul juga.

contoh yang pertama, bagaimana kita mendefinisi kehidupan.
hidup biar ada makna. pada aku. makna yang bagaimana itu, biar kita yang memaknakan masing-masing. kalau nak senang, boleh rujuk ayat surah az-Zariyat ayat 56. Allah dah bagitahu dah kat kita, kenapa Dia cipta kita. jadi itu definisi pertama kehidupan. masa kita di dunia yang dipinjamkan Allah supaya kita beribadat padaNya. simple. macam mana kita melaksanakan tu, terpulang pada individu. aku sendiri pun selalu lalai. definisi kedua, ketiga dan seterusnya itu, mohon fikir sendiri.
nak highlight satu benda, pada aku ayat 'ko ni takde life betullah' ni macam... tak patut. aku pernah kena ayat ni. sebab, aku tak tengok runningman. bhahaha. kelakar tak kelakar jugaklah. poor gila how you define life itself. tak tengok runningman takde life, tak pergi event itu, takde life, tak pergi tengok movie takde life? :O ohmaiiii. seriously, you define life macam tu. that is not life meyhhh, itu FUN namanya. sesungguhnya, aku memang bukan seorang yang FUN, tapi aku dengar jugaklah lagu FUN kekadang tu. *takde kaitan*

contoh yang kedua, bagaimana kita definisikan cool.
sebenarnya, ini yang membawa aku menulis entry ini. melihat keadaan anak muda di malaysia sekarang. 
soalan:
gangster tu cool ke?
mohon jawab wahai anak muda. mohon dijawab. malu nak dijerit ke seluruh dunia, jeritkan saja dalam jiwa kamu sendiri. 
aku pelik, sekarang ni, banyak sangat masalah gangster. sana sini. tersebar kat internet sampai. haish. mana punca dia? MANA?

pendapat aku, salah satu punca adalah kebanjiran filem-filem/drama-drama gangster dalam industri perfileman kat Malaysia ni. AKU TAK FAHAM KENAPA??? takde ke genre lain. oke fine, nak buat filem AKSI sangat kan? bergaduh look so cool kan? *pehhh bunyi ayat macam RAGE je. tukar tone balik*  pasal benda-benda macam ni lahh mentaliti anak muda makin jatuh. makin bodoh. sebab disajikan pun dengan cerita-cerita macam ni. 
penggiat filem kata, 'sudah ini yang jadi pilihan penonton masa kini'. silakanlah mengikut. silakan. silakan buat sehingga malaysia ini jadi negara yang penuh dengan gangster. sila.
lagi mereka kata 'sepatutnya ibu bapa lah yang beritahu, mana yang baik dan buruk pada anak-anak, supaya mereka dapat pengajaran dari cerita itu' 'sepatutnya juga remaja sudah boleh membeza baik dan buruk'. memang itu yang sepatutnya. masalahnya, ibu bapa masa kini bukan ada duapuluhempatjam untuk mengawasi anak-anak tengok cerita apa, baca bahan bacaan yang bagaimana, berkawan dengan orang yang seperti apa. masalahnya juga, anak-anak muda zaman ini terlalu amat suka mencuba. sampai benda bukan-bukan pun dicuba-try oleh mereka. jiwa muda darah bergelegak mereka kata. masih mahu mencuba. yang dicuba itu pula membawa kemana-mana. 

sebab lain, didikan dari rumah dan sekolah.
firstly, rumah. aku tak dapat nafikan, sekarang ni zaman mak ayah kerja untuk menampung kehidupan. ya, masa di rumah terhad. memang. tapi jadikan setiap masa di rumah itu sendiri masa yang berkualiti. masa di mana anak-anak dididik seperti yang seharusnya. satu yang orang selalu lupa, kesediaan menjadi ibu bapa itu sendiri. aku tak mampu nak elaborate panjang-panjang yang ni. sebab aku pun tak berapa nak tahu. cuma ini sepatutnya dijadikan highlight pada abam-abam dan akak-akak yang sudah bercinta dan berniat mahu mendirikan rumah tangga. oke, outta from this point, aku memang tak cukup umur nak eloborate yang ni. -.-'

second, sekolah. aku tak tahu mana hilangnya rasa hormat seorang anak murid pada gurunya zaman la. oke lah, aku mengaku, kadang tu memang aku ada mengutuk cikgu *aku memang budak nakal pun. harap maklum* tapi bila cikgu marah, aku senyap. aku dengar. aku takkan membalas. laku yang sama aku lakukan pada mak abah aku. sebab cikgu ibarat mak abah bila kat sekolah. kena hormat. sekarang, sampai cikgu pun takut nak marah anak murid. bila dimarah, cikgu dimarahnya balik. bila dirotan, balik diadu, ibu bapa pulak serang. aku ingat lagi abah cakap kat cikgu aku 'kalau nakal ni cikgu, cikgu rotan je. saya izinkan'. sampai gitu sekali. sebab abah aku tahu, takkanlah cikgu nak marah kalau tak bersebab.

eyhhh dari definisi aku pergi elaborate punca pula. #facepalm . oke secara mudahnya, definisi salah ---> jadi punca ---> masalah yang berkenaan ---> nak fix, kena fix definisi dulu ---> bila dah ubah, automatis, niat dan mentaliti jugak akan di'fix' kan.

abah aku dulu, warder penjara pulau jerejak. pernah juga jadi warder pusat pemulihan dadah/akhlak di jelebu zaman muda-muda dia. dia pernah jumpa banyak gangster. banyak. di penjara sana tu. di pusat sana tu. kat penjara, ko nak tunjuk gangster? HAHA. memang tak payah. warder lagi gangster daripada engko. ko nak buat hal? ko nak demand? ko nak buat pasal? tu haaa, cota makan dia. tu pun kalau cota je, kira minum petang buat alas perut je kiranya. nak rasa lebih, sila. 

ini sekadar dari pandangan mata aku. takde kena mengena dengan sesiapa. daripada apa yang aku lihat, inilah dianya.

Monday, April 22, 2013

Ayahanda beta, kekasih beta

Ini kekasih jiwa raga aku.
Dari aku lahir sampai nak dekat 19 tahun aku bernafas.
Satu-satunya lelaki yang aku akan merajuk dengannya dan minta dipujuk.
Satu-satunya lelaki yang aku merengek padanya atas benda yang kadang-kadang entah apa-apa.
Satu-satunya lelaki yang senang amat buat mata aku bergenang kalau terasa.
Ya, dia memang satu-satunya lelaki yang paling aku cinta.
Dia abah aku. Dunia akhirat.
Ar Alhan bin Abudin.
Dari kecik, aku suka copy cat abah and his act.
That actually explain where do i got the 'garang' attitude. Haha.
Dear abah, i miss you.
Heeeeeeeeeee.

Sunday, April 21, 2013

atas segalanya, ya Rabb.

sayu menjengah hati.
siapa diri ini dari pandangan Ilahi?

atas segala apa yang aku kerjakan.
dengan segala khilaf yang aku buat.
sepanjang aku meminjam udara Dia untuk bernafas.

atas segala nikmat yang Dia beri.
tapi aku sering lupa mengucap kembali rasa syukur.
sepanjang aku berjalan di bumi Dia ini.

atas segala bicara celaka dan sia-sia yang aku ungkap.
yang Dia kata jangan, aku cabar dengan perbuatan aku.
sepanjang aku menikmati indah bumi ciptaanNya.

Allah. 
aku sering salah langkah.
aku sering lupa dan alpa.

wahai Tuhan yang maha membolak-balikkan hati.
selagi mana aku bernafas dengan udaraMu, melangkah di atas bumi ciptaanMu, menikmati indah di alam yang fana ni, ya Rabb.
aku mohon Kau tetapkan hati aku di jalanMu.

jangan kau jadikan aku hamba yang alpa.
hamba yang Kau murka.
kerna murkaMu terlalu pedih untuk digambar, apa lagi untuk aku lalui.

Friday, April 19, 2013

silap

bagaimana lagi harus aku didik diri ini?
supaya tak mengulang kesalahan yang sama.
supaya tak beralasan untuk melepaskan diri dari silap sendiri.

jujur, kadang aku lelah.
seperti mahu saja aku mengalah.
tapi aku bukan penyerah.
tidak semudah itu aku mengaku kalah.

kesilapan yang lalu.
harusnya aku tulis satu-satu atas kertas.
lalu aku rebus dan minum airnya.
agaknya.

tapi itu takkan membantu.
yang aku perlu sekarang adalah sebatang pen, sehelai kertas, dan set jari jemariku.
akan ku kerah otak penatku.
muntahkan segala apa yang pernah aku silap.

lalu, harus dicari solusinya.
supaya yang silap tidak berulang.
yang elok diperelokkan lagi.

there's always room for improvement kan? so yeah, i will improve. from time to time. insyaAllah. kalau Dia beri izin.


Friday, April 12, 2013

That Okay Song

Lagu ni dah lama dah. Tahun 2010. Tapi aku baru tahu. Sangatlah slowpoke. Tapi lantaklah. Aku suka lagu ni. Hehew.


Thursday, April 11, 2013

hold tight

hold the tears back, khairunnisa.
there's exactly nothing to be cried for.
chin up.
smile.
and move on.

just don't look back.
there's nothing worth to be remembered.

don't fall.
for this time.
i beg you, dear self.
just don't fall.
hold tight.


Tuesday, April 9, 2013

kapas #5

wahai hatiku yang sungguh kapas.
jangan jatuh hati pada sesiapa sekarang boleh tak?
aku tak larat lah nak layan. 
ingat senang ke nak berhadapan kalau hati kapas dah detik rasa suka.
aiseh man.
gedik la kau ni hati kapas.
muda-muda lagi dah gatal merenyam.
aku belum nak kawen lagi tau, wahai hati kapas.
mohon hati kapas yang dah menyerap perasaan yang sungguh tidak perlu buat masa sekarang memuntahkan kembali isinya. 
kering cepat-cepat sikit ye.
biar hati kapas jadi ringan kembali.

Friday, April 5, 2013

life and freedom

senang cerita, dari aku kecik sampai aku sekolah menengah, aku bukan jenis yang keluar jalan-jalan dengan kawan. adalah sikit time sekolah menengah, itupun sebab dok asrama kan, nak jugak outing dengan kawan-kawan. tapi kalau time cuti, aku memang kirim salam dulu. mak abah aku memang jarang nak lepas. tambah pulak aku jenis yang duduk kat rumah, stok terbongkang depan tv sambil mengunyah takpun membuta dalam bilik. kalau keluar pun, dengan family aku lah. dan kitorang bukan jenis yang keluar je mekdi, movie, shopping, bowling, karok whatsoeva yang berkaitan. selalunya kalau keluar berjalan pun pegi rumah sedara ke, mandi sungai ke. haaa macam tu lah. so kalau engkau tanya kenapa aku tak makan mekdi dulu, kenapa aku tak pernah tengok movie dulu, inilah jawapannya. sebab itu bukan kebiasaan keluarga aku.  bapak jenis rather cari kedai makan yang super awesome makanannya walaupun kadang servis lambat nokharom sampai aku rasa nak lempang orang. and kitorang adik-beradik memang suka nak mampos mandi-manda, aku pun tak tahu kenapa. tapi aku dah besar-besar ni naik malas jugak lah nak mandi kat tempat public. rimas nanti nak tukar baju apa semua susah, dan yang paling penting, pandangan mata nakal lelaki yang aku rasa nak tempeleng. tak penah tengok perempuan ke apa? *rage tetiba. typical khairunnisa. harap maaf*

*amboi intro aku senang cerita pun jadi panjang jugak. saja tak nak paragraphkan biar nampak macam pendek sikit :P , nampak pendek ke masalahnya?*

nak jadikan cerita, masuk utp, semua benda tu aku buat. haha. benda-benda yang aku tak pernah nak buat dulu. serius. aku sendiri tak sangka. kadang, i miss the old me. yang tak pernah buat semua benda alah ni. so that life is simpler. pergi cari keseronokan di rimba, bukan dengan menonton wayang *bajet sangat ni khairunnisa. awak baru tengok movie kat cinema dua kali oke. okebye* tapi part mekdi tu kan, aku still berpegang dengan apa yang aku pernah tulis kat twitter, burger tepi jalan lagi sedap dari burger mekdi. aku tak tipu. paling aku tak boleh lupa burger kat taman meru *ipoh ye harap maklong* tu. nama dia burger nice. sangat awesome. *iklan tak berbayar*.

oke baru masuk topik sebenar. kebebasan. mak abah aku, sejak aku dah masuk uni ni, dorang banyak tolerate dengan aku pasal freedom. serious. kadang-kadang aku rasa macam nikmat gila. kadang rasa macam bala pun ada. yelah, takut salah guna meyh.

kebebasan keluar
aku ni nak kata selalu tu tak lah. tapi ada masa memang aku keluar. kadang tu bukan pergi mana pun, dok pi makan je pun. apa orang kata, 'good food' ceyh konon sangat. tapi betul lah, hari-hari makan kat kafe, aku dah boleh hafal lauk apa yang ada. mana tak boring. dah rasa macam makanan dewan makan dah. boleh hapai menu hari-hari. mak abah aku kalau siang terang benderang memang dorang tak kisah nak keluar, tapi sejak aku terkantoi keluar makan memalam buta kat mamak *padan muka aku* mak abah aku pesan, kalau nak keluar memalam bagitahu. bab berjalan, mak abah aku memang boleh tarik nafas lega, sebab aku memang bukan kaki jalan sangat pun. aku rather tido kat bilik weekend daripada menghabiskan masa di luar. tapi tiba angin aku nak keluar jugak tu, pening jugak kepala abah. haha. macam hari tu, aku keluar sebab aku nak tengok hoki. mula-mula abah tak bagi. dengan menggunakan skil memujuk daughter yang dah agak tumpul, aku merengek gak kat abah nak pegi. miahaha. lastnya, dapat. mih mih mih. time-time lain, aku keluar memang kena repot kat mem besar. sebab, oke hari tu aku kantoi *lagi* sebab pegi teluk batik tak bagitau. aku tak kisah pun. at least, kalau jadi apa-apa kat aku, mak abah aku tahu aku pergi keluar. satu lagi pesan mak abah aku, pandai jaga diri. maksud: sila jaga solat masa jalan. sila jaga bajet anda. sila jangan cari pasal dengan gangsta sebab perangai gangsta aku memang diketahui oleh mak abah. sila jangan gatay merenyam nak keluar dengan lelaki berdua. lemas jugak sebenarnya ada kebebasan nak keluar ni, sebab bila  orang mengajak nak keluar je mulalah nak ngikut. lupa diri sungguh khairunnisa.

kebebasan menggunakan duit
ni yang paling aku lemah sekali oke. faham tak, aku ni, kalau pergi beli barang, part makanan tu, aku rasa nak grab semua yang ada depan mata aku. lagi-lagi cekelat. tempting gila bak hang! tempting tempting tempting. kalau pasal barang keperluan lain, aku jenis yang masuk tesco *sebab selalu beli barang kat situ*, jalan dengan pantas, grab barang-barang yang memang ada dalam list setiap kali membeli barang. part makanan, miahaha, suka hati selera aku lah. kalau tetiba dia nak biskut whole grain, aku ikutkan. *poyo, padahal selalu nak makan chipmore, cekelat cadbury, megi, mamee, gula2, air kotak ... (and the list goes on)* so konklusinya, part barang keperluan, memang peruntukan lebih kurang, part makanan ikut nafsu *miahaha*. kalau keluar dengan abah, at least, ada dialog macam ni 'ish la, apa ke amek makanan yang bukan2' 'tengok dulu bajet tu, cha' 'cubalah reti2 nak jimat'. jalan beli barang sorang, nak tahan nafsu susah oke. haiya.

Tuesday, April 2, 2013

admit it!

kita ni manusia kan? tak lepas dari membuat kesilapan. dan dari kesilapan itu juga, kita akan belajar bagaimana caranya hendak menjadi lebih baik.

apabila kita buat salah, JANGAN SESEKALI TUDING JARI MENYALAHKAN ORANG LAIN! ini serius. you don't make people suffer from you mistake unless you really suck *oke ini kasar bunyinya*. 

admit it. investigate the cause. find the solution. come out with way(s) for improvement.

then everyone will get the benefit.

kalau kita tak akui salah kita, dan menyalahkan orang lain atas salah yang kita buat, selamanya kita buat salah. 

Sunday, March 31, 2013

ground rule












tak ada tajuk #6


sejak akhir-akhir ni aku selalu buat entry yang berbunyi down. berbunyi sarat dengan masalah dan sebagainya. padahal masalah tak besar mana pun. poyo je lebih khairunnisa ni.

oh man.

harus bangkit dengan semangat baru.

terus dan terus menjadi positif!

Saturday, March 30, 2013

tips menghadapi kerja yang melambak

seperti biasa. tajuk entry mesti tak nak kalah punya. poyo je lebih. haha.

mesti korang pernah encounter this situation in life.

"huaaa, kerja banyak gila tak tahu nak buat yang mana dulu. semua dateline dekat-dekat. nak nangis la macam ni"

haaa, mesti pernah kan? normal lah tu. sebagai manusia, ada saja hal-hal dunia yang sering meresahkan. kerja itu ini. dateline dekat lambat.

firstly, yang korang perlu buat apabila menghadapai situasi ini adalah bertenang. tinggalkan semua sekejap di atas meja kerja atau meja study anda, kemudian tarik nafas dalam-dalam.

"IN!!! OUT!!! IN!!! OUT!!! IN!!! OUT!!!"

lega sikit tak? kalau tak, ulang balik step 1 ni. bila anda rasa dah ada semangat baru yang meresap dalam diri, kemudian baru anda teruskan langkah seterusnya.

TO-DO-LIST  -- LIST KERJA YANG KENA SETEL

mungkin ini dah jadi habit aku kot. untuk listkan semua kerja yang aku kena selesaikan sebelum aku mula membuat apa-apa kerja. sebab nanti otak rasa ringan sikit sebab dah tahu apa kena buat.

kadang-kadang, bila kerja berlegar di minda je, kita rasa sesak yang amat, hakikatnya bila listkan, sebenarnya sikit je. ini semua mainan psikologi.

lepas tu, sila bahagikan list anda mengikut priority.
1) Important and Urgent
2) Important and Not Urgent
3) Not Important and Urgent
4) Not Important and Not Urgent

macam mana anda nak bahagikan pada empat bahagian itu terpulang pada anda sendiri. sebab anda lebih tahu kerja mana yang penting atau tidak penting, urgent atau tidak urgent.

lepas tu, anda sudah boleh mulakan kerja anda! YEAY! lepas dah siap jangan lupa pangkah kerja yang dah siap. akan ada satu feeling lega dan semangat nak teruskan dengan kerja seterusnya.

aku sudah lama gunakan cara ini. setakat ini masih berkesan. pada anda-anda, tidak tahulah pulak sejauh mana boleh membantu. harapnya membantulah :)  apapun, selalu ingat, saat segalanya rasa sesak, anda ada Tuhan. adukan pada Dia.

(^_^)

tak ada tajuk #5

dah terlalu kau hidup dalam fantasi dunia kau, khairunnisa. bangunlah. bangunlah dari mimpi kau yang sudah melarat terlalu panjang.

kapas #4

zahir kau lihat
bukan segala-gala
bibir tersenyum menutup
jiwa yang luka

zahir kau lihat
hanya antara lapis
mataku sinar bergenang tangis

ya.
lagu dunia batinku ini, memang lagu jiwa aku.


Thursday, March 28, 2013

liar

jangan engkau biarkan matamu liar di jalanan
nanti ada sahaja salah orang yang kau nampak
lepas tu mulalah mulut terbuka
kalau terbuka tu, setakat nganga je, tak apa.
kalau keluar umpatan? macam mana kau nak cari orang tu mintak maaf.
dosa dengan Tuhan, boleh mohon ampun dari Dia, terus.
dosa dengan manusia, kena mintak maaf dari orang tu jua.
kalau selalu jumpa, tak apa.
kalau kau nampak dia sekali tu je, dah mengata, tak ke naya?

you don't even have the right to judge people as you like in the very first place.

ingat tu je.
katakan, kau lihat seorang itu mukanya masam sahaja.
lepas tu kau simpulkan, 'kerek seyh budak tu, tak reti senyum ke?'
mana tahu dia simpan masalah yang menimbun dalam dada dia.
mana tahu kepala dia tengah sesak dengan hal dunia yang  meresahkan.
kau tak tahu.
jadi jangan judge orang sesuka hati engkau.
sebab kau tak tahu.
orang yang tak tahu, tapi mulutnya bercakap aje ni, double bodoh namanya.
sebab, tak tahu tu dah bodoh dah, tapi bercakap macam tahu tu, tak ke double bodoh namanya?

jangan engkau biarkan matamu liar di jalanan.
kelak ada sahaja kecantikan/ketampanan yang tidak halal buat kamu menjadi tatapan mata.
kalau pandang sekilas tu tak apa lah jugak.
apa orang kata, pandangan pertama tu rezeki.
ini sampai ternganga apa cerita?
ha.. kan aku dah kata.
TUTOP MULUT TU TUTOP! haha

lagi pulak kalau sampai bukak cerita.
'ohh kau tahu tak, dia tu macam tu.. dia tu macam ni..'
oh mannn. talking bad about people is such a no-no..
come on.
as much as you hate people talking bad about you, you should know that people feel the same too.
common sense kawan.

tapi aku tak kata lah pulak jalan tu tunduk, tutup mata.
ceyt, jangan pakai alasan bodoh tu please.
jangan biar mata meliar, dengan sila jalan tutup mata tu besar bezanya.
perkara utama yang perlu anda tahu,
bezakan yang mana halal, mana yang haram. mana yang benar, mana yang salah.
bercerita tentang orang mungkin memberi keseronokan, tapi ingat, nak mintak maaf nanti macam mana tu?

peringatan ini, untuk diri aku sendiri, yang kadang terlalu lancang berbicara perihal orang lain. moga jadi peringatan pada kamu-kamu yang lain yang mahu berfikir jua. :)



Saturday, March 23, 2013

kapas #3

bukankah senang menjadi seorang yang cengeng?
sekurang-kurangnya hati lega bila lepas tangis.

daripada jadi hati kapas,
yang nampak teguh,
tapi hati dah banjir dengan air mata.

damn.

aku benci macam ni.

benci bila hati kapas dah overload.

cepatlah kering wahai isi-isi yang tidak aku butuh..

Thursday, March 21, 2013

rahsia

mari sini.
aku ingin khabarkan satu rahsia pada kamu.

ayuh.
dekatlah sikit.

aku mahu bisik ke telinga kamu saja.

*bisik ke telinga kamu*

"aku ini perahsia.
susah hendak mempercaya"

itu saja.
rahsia aku yang mahu aku khabarkan.

shuhhhhh.

aku harap kamu bisa pegang kepercayaan aku.
jangan khabarkan pada sesiapa.

boleh?

Wednesday, March 20, 2013

tangis sang langit

hujan. lebat.
kalau aku masih kanak-kanak yang berjiwa bebas, sudah aku lupakan segalanya.
lalu aku ketawa riang di celah tangis sang langit itu.
main-main dengan teman.
ketawa tak hirau apa.
lari-lari dalam hujan.
jatuh bangkit semula.
darah luka, tak hirau, tak mengapa.

selalunya aku ambil sebatang kayu, aku lepaskan di dalam longkang yang airnya mengalir deras.
seronok melihat kayu itu hanyut dibawa arus deras.

aku harap jiwa aku tidak begitu. moga kekal teguh, walau sekuat mana arus dugaan mengasak.

p/s: sekarang ni hujan dah tak macam dulu, banyak contaminant. redah sekejap dah sakit kepala. jadi elakkan terkena hujan ye kawan-kawan. hehe.

Tuesday, March 19, 2013

kapas #2

ada orang kata,
aku tak punya rasa.

ada orang kata,
aku tak punya hati.

biarlah.

memang, aku tidak punya rasa, mahupun hati.
untuk melayan bajingan seperti kamu.

titik

Saturday, March 16, 2013

tak ada tajuk #4

jatuh. luka. sakit.

tetap kena bangkit.

perit?

tak apa kawan. Allah ada.

Cerita Sepasang Mata Itu

Ceritanya...

Mata itu umpama bercerita
Membuka lembaran jerih pedihnya
Saat bibir terkatup rapat daripada berbicara
Matanya jujur membongkar segalanya
Tulus

Dalam jerih itu juga
Aku temui sinar bahagia.
Ahh apakah gila?
Matanya masih bisa tersenyum kala jerih pedih menyiat hati, lara.

Namun tetap
Mata itu tampak bahagia dalam jerihnya
Melihat orang yang bergelar anak itu berjaya menongkat dunia
Mata dia senyum
Namun mulutnya tetap lancar bicara
Ingat akhirat sana jua, anakku!

Buta. Kalau tak nampak.
Atau mungkin kebodohan yang nyata
Kalau kau tak nampak harapan apa yang mata itu cuba sampaikan

Dia cuma mahu insan bergelar anak itu berjaya menongkat dunia, menjunjung akhirat
Dia tak pinta balasan.
Sikit pun tidak.
Kerana aku tahu--
Matanya kata,
Aku tak mahu apa-apa anakku, cukuplah engkau jadi insan yang berguna dan berjaya. Dunia dan AKHIRAT!

kapas #1

Nampak kuat, kapas di dalam.
Mudah carik.

Tapi resmi kapas, serap segalanya.

Meski dah overload, ditahankan jua.

Friday, March 15, 2013

Palit-palit dosa

Apa yang kau banggakan
Saat kau kotorkan apa yang suci

Apa yang kau mahukan?
Kebanggaan?
Banggakah bila orang lihat kekotoran yang engkau tunjukkan.
?

Hairan aku dibuatnya.
Melihat karenah manusia yang pelik-pelik semuanya.

Hendak aku biarkan, terasa macam hipokrit.
Hendak aku tegur pula, iman sendiri belum kuat rasanya.

Akhirnya, aku doa sahaja.
Moga Allah tunjuk pada engkau-engkau semua.

Anugerah Allah yang satu itu suci. Jangan kau cemari dengan kekotoran yang didorong hawa nafsu serakah engkau.

P/S: aku bukan sempurna. Aku juga pendosa. Peringatan ini peringatan untuk aku dan kamu-kamu yang befikir jua.

tak ada tajuk #3

sunyi, tapi kat dalam hati aku.
BINGIT.

bila jalan sendiri,
bisik-bisik jiwa dengarnya lebih jelas.
sebab tu aku tak kisah sunyi, sendiri.

lagipun aku tahu,
hakikatnya aku tak sendiri.
hakikatnya Allah ada.
sentiasa. untuk hamba-hambaNya.



Monday, March 11, 2013

tak ada tajuk #2

dunia tu ada aku sorang.
watak lain semua watak imaginari.
jalan cerita, aku atur ikut suka aku.
pengakhiran?
sebenarnya aku tak patut mulakan sekalipun.
gila.

Friday, March 8, 2013

tak ada tajuk #1

Hakikatnya, aku sendiri tak tahu apa kena dengan aku beberapa hari ni.
Semua benda ala-ala tak kena je.
Sebab?
Entah. Aku cuma blank.

Wednesday, March 6, 2013

Keputusan

Lama rasanya aku tak mengetuk papan kekunci aku di sini. Sehinggalah sebentar tadi. Dah lama juga tak menulis panjang.

Okey. In this post, aku nak bagi tips buat adik-adik yang bakal mendapat keputusan SPM. Mesti semua pakat cuak pasal result dah ni. Aku tahu. Aku pun pernah rasa. Dapat pulak stok adik-adik yang seronok tengok aku meroyan marah-marah sebab depa dok usik aku bagi tambah cuak pasal result. Haha. Takpelah. Itu jadi kenangan.

1) Lagi beberapa minggu nak dapat result.
Hati memang gundah gulana macam ombak kat laut. Ya. Aku tahu. Ikhtiar yang tinggal cuma doa dan terus doa.

2) Time nak amek result
First, Tak kiralah result korang bagus ke, teruk ke. Peluk cium mak pak hangpa. Jujur aku tak buat. Lepas tu sekarang baru nak terkilan. Terima kasih kat dorang. Tanpa depa hang tak kemana.

Second, jumpa semua cikgu yang ada kat sekolah, kalau hangpa lepak lama la kat sekolah. Kalau macam aku, bapak aku kalut nak balik sebab kerja, sebagai anak aku faham dah pasal tu. Jadi, aku jumpa la, cikgu mana yang ada kat dalam dewan. Lepas tu, gagah jugak lah pergi bilik guru jumpa dengan cikgu yang mengajar sat. Ucap terima kasih na adik-adik. Tak susah pun. Kalau rajin dan mampu, buat macam Ajlaa, bagi buah tangan untuk cikgu-cikgu sekali.

Third, happy-happy dengan kengkawan. Kawan yang result ekselen, ucap tahniah. Kawan yang tak dapat result baguih, hangpa tolong cool down kan. Bagi kata-kata semangat Kata kawan susah senang, duka gembira.

Fourth, jumpa sat junior-junior kesayangan, bagi kata semangat.

3) Hala tuju lepas SPM
Ni yang paling penting. Coretan kisah aku, dah aku tulis kat sini ---> HARAPAN
Pertama --> Research
Cari tahu tentang course yang mungkin nak diambil. Prospek kerjaya, universiti yang tawarkan dan sebagainya.

Second --> Minat
Korang mesti tahu sendiri apa minat korang ye dak? So timbang aspek ni pulak.

Third --> Perbincangan
Bincang habis-habis dengan parents korang macam mana. Apa pendapat dorang tentang course pilihan korang. Dorang setuju ke tak. Ingat, restu mak ayah tu penting. KALAU minat korang bertentang dengan parents, kat sini, kesabaran amat perlu. First, dengar mak ayah korang cakap apa. Kenapa dorang tak suka, apa rasional dia, lepas tu kenapa pulak dorang rasa course pilihan dorang lebih baik. Okey. Lepas tu cerna dulu elok-elok.

Sekarang, timbang tara pulak dengan minat korang. Kenapa aku nak course ni, apa rasionalnya, kenapa aku rasa course ni terbaik untuk aku? To tell you the truth, susah nak yakinkan parents ni, so what you must do is RESEARCH! yakinkan mak ayah korang, korang tahu apa yang korang buat/pilih.

Lepas tu, dok bincang balik. *Tahu, kadang tu memang rasa tak larat nak menjebakkan diri dalam perbincangan*

InsyaAllah lepas tu, korang boleh nampak apa yang betul untuk jalan korang. Kalau tak dapek jugak...

Fourth --> Istikharah
Kembalikan segalanya pada Sang Pengatur. Mohon petunjuk dari Dia sebab Dia tahu apa yang baik untuk kita. Korang kena ingat, istikharah ni bukan takat mimpi je petunjuk dia. Gerak hati pun boleh jadi petunjuk.

Fifth --> Decide
Decision is in your hand. To be honest, your decision costs you your whole life. No kidding.

4) Dah masuk Uni
Kalau tak minat, tanamkan. Kalau minat, tambahkan rasa tu.

Masuk U, jalan hidup korang, kena tentukan sendiri. Takde siapa nak suruh kau buat itu dan ini. Tentukan peraturan itu dan ini.
Masuk U, kena pandai cari kawan. Senang aku cakap, kawan biar dengan yang saling mengingatkan.
Masuk U, kena jaga hati, jaga jiwa, jaga ibadat dan juga jaga IMAN. sebab dugaan kat U dengan sekolah tak sama.
Masuk U, jangan jadi pemalas, lecturer tak macam cikgu yang akan ajar satu-satu bagi kita faham, dorang kadang tu lagi laju dari shikansen.
Masuk U, jangan lupa diri. Ingat bumi mana kau pijak.
Masuk U, jangan pernah lupa pada mak ayah. Tanpa pengorbanan dorang, tak ke mana korang. Tak ke mana.
Masuk U, kena pandai urus kewangan. Jangan nak boros. Mak ayah kau, tak patut kau susahkan.
Masuk U, kena pandai cari inisiatif sendiri cari ilmu, lecturer tak sogok semua kat kau. Jangan sesekali amalkan spoon feeding lagi.
Masuk U, kena pandai urus masa. Jangan kelam kelibut nak buat assignments just when lecturer suruh hantar. Practice presentation hanya bila tinggal setengah jam nak present.
Masuk U, bagi matang jiwa. Matang tu tak datang segedebuk. Kau kena latih sikit-sikit.
Masuk U, kena asah soft skill. Supaya nanti time nak kerja, habuk pun kau tak tahu.

Ini je lah kot. Aku tak boleh nak kata banyak, sebab aku pun baru je masuk dunia asing ni. Yang penting, hati mau kuat! Peringatan ni sekaligus peringatan untuk aku jugak sebenarnya.

Okey adik-adik. Good luck untuk hari anda!

p/s: aku sendiri tak paham kenapa aku mencampur-adukkan slanga bahasa dalam entry ni.

Makanan Jiwa

Jiwa kita reti juga bahasa lapar dan dahaga.
Jiwa kita tak kenyang dengan nasi ayam, laksa, tomyam dan sebagainya.
Jiwa ni halus, makanan dia pun halus jua.
Solat (yang wajib dan sunat), baca al-Quran, qiamullail, zikir, ingat mati, berukhuwwah.
InsyaAllah jiwa kenyang dan bahagia :D

p/s: peringatan pendek untuk diri sendiri yang lately sibuk sangat hal dunia, sampai akhirat aku tak tertakcle. haish.

Friday, February 22, 2013

Si buta itu

[Keon]
si buta itu. di 'pandangan'nya. hitam. pekat. tapi hati dia cerah. bikin dia selalu ceria tak gundah.

[Kamil]
dia ceria dan gembira kerana x perlu lihat perangai najis makhluk bernama manusia

[Keon]
ya. dunia yang kini terpalit cela. haih si buta. bertepuk tangan lah kamu.

[Kamil]
bukan salah dunia..dan bukan juga salah si buta..dunia terpalit cela..salah siapa??? manusia?? atau syaitan??

[Keon]
salah manusia yang mudah digoda. salah manusia yang tak reti beza. baik dan buruk langkah yang diatur.

[Kamil]
haha..ya satu konklusi telah tercipta..atau mungkin salah hati..hati yg mudah digoda..dgn kuasa,harta, dan nikmat dunia

[Keon]
entahlah. pokoknya semua berkait. semua.

[Kamil]
ya..dan pokoknya...Tuhan itu ada

[Keon]
dan hanya pada Dia, kita mohon ditetapkan hati. moga tak goyah sepanjang perjalanan ini.

[Kamil]
moga kita kukuh berpegang pada tali-taliNya

[Keon]
amin ya rabbal alamin. :')

**sekadar conversation aku dan kawan aku di twitter**

Thursday, February 21, 2013

Sedang cuba bertabah

Allah.
Kenapa segalanya terasa begitu menyesakkan.
Aku tak tahu sama ada aku mampu atau tidak untuk melalui semua ini.
Dugaan yang Kau hulur ini, rasanya pedih sekali.

Namun aku tahu, Kau tak akan uji aku lebih daripada apa yang mampu aku tanggung.

Allah.
Aku mohon kekuatan.
Supaya pasak aku kekal teguh.
Supaya dugaan ini bisa ku tempuh.

Andai aku rebah, ya Rabbi.
Aku mohon kekuatan agar aku bisa kembali berdiri dan berlari.

Allah.
Pedih hati aku. Parahnya luka di hati aku. Patahnya semangat aku. Longgarnya pasak aku. Biarlah hanya Kau yang tahu.

Sebab aku tahu, Kau lah sebaik-baik pemberi pertolongan.

Janganlah Kau bolak-balikkan hati aku untuk berpaut pada dahan yang reput, ya Allah.

**Catatan ini, daripada seorang hamba kepada Tuhannya.
Catatan yang aku nukilkan untuk aku raih secebis kekuatan.
Di saat hal dunia terasa merasahkan.**

Tuesday, February 19, 2013

Jerangkap samar

Takut.
Cuak.
Takut, cuak terkena jerangkap samar dunia.
Jalan itu macam benar.
Jalan itu macam indah.
Hakikatnya, selangkah aku atur.
Nescaya hancur berkecai jasad aku dek jerangkap samar itu.

Sunday, February 17, 2013

Bodoh

Sampai bila nak bergaduh?
Sampai negara ni hancur?
BODOH!

Sampai bila nak saling fitnah?
Sampai langit runtuh tanda amarah Tuhan?
BODOH!

Sampai bila nak tegakkan benang yang basah?
Sampai kebenaran terbogel sendiri?
BODOH!

Sampai bila nak menyeksa?
Sampai semua orang mati?
BODOH!

Sampai bila harus kami tahan permainan ini?
Sampai kiamat?
BODOH!

Saturday, February 16, 2013

Jangan

Jangan kau uji sabar aku.
Sebab sabar aku nipis.
Nanti kau yang sakit.
Sakit menanggung kata pedih dari aku.

Jangan kau uji sabar aku.
Sebab kau belum kenal 'aku' lagi.
Kau belum kenal baran aku lagi.

Sebelum kau mampu tahan caci maki.
Sebelum kau mampu terima marah baran.
Sebelum kau mampu tahan tangis kau sebab kata kasar aku.

Jangan kau uji sabar aku.
Jangan.

Monday, February 11, 2013

Ujian

Allah bagi ujian supaya kita tak leka.
Allah bagi ujian supaya kita sedar apa yang kita punya.
Allah bagi ujian supaya kita tahu yang di dunia ni sifatnya sementara.
Ujian takkan berhenti kunjung hidup kita. Mohon pada Allah, beri kekuatan untuk melepasi. Mohon juga diberi kesabaran untuk kekal berdiri.
Andai jatuh, bangkit.
Biarpun perit, cuba.
Andai tak mampu, rehat sebentar dan cuba kembali.
Bila dah berdiri, jangan lupa diri.
Ingat apa yang pernah dilalui.

Saturday, February 9, 2013

Persepsi

Orang boleh kata, aku brutal.
Tapi orang tak tahu apa dalam hati aku.

Orang boleh kata, aku taiko.
Tapi itu sekadar laku aku.

Orang boleh kata, aku tak matang.
Tapi apa yang aku tunjukkan selalu bertentang dengan minda.

Orang boleh kata, aku heartless.
Tapi perlu ke aku nak tunjuk apa yang jadi dalam hati aku.

Orang boleh kata, aku kasar.
Tapi kasar-kasar aku, aku tak ganggu orang.



Tuesday, January 1, 2013

It's 2013

Assalamualaikum. It's 2013 already guys!

Azam tahun LEPAS dapat capai tak? kalau tak, lu sama kapal ngan wa. muahaha. *sopan keon sopan. haippp*

Btw, here it is! 2012 HIGHLIGHT of my life. Weeee.

1) Educamp> Masuk UTP
Daripada mengisi borang dengan niat untuk dapat dipanggil interview dan mendapatkan pengalaman, aku termasuk kat UTP. Even though the decision is not fully by me, aku dapat rasakan yang Allah dah rancang yang terbaik untuk aku. Alhamdulillah aku boleh cope dengan keadaan kat UTP sekarang ni. 

aku pernah share pasal masuk UTP kat sini -----> HARAPAN

2) MEDTECH!
Jumpa with this family is such a bliss. I'm soooo happy. Sebab bukan je dapat belajar technical thingy but develop jati diri *ayat skema karangan*. Fellow MEDTECHian sangat happening tahu. I LOVE MEDTECH. with mulut nganga macam MATTECH.

gambar curi kat website medtech. weeee. 
klik kat gambar to go to UTP MEDTECH Club official website.

3) Result SPM
6A+, 4A, 1B+. Alhamdulillah, I get a good result. Even though ada B+ lah kan. Tapi aku memang dah expect yang my Arab akan dapat other than A. What to do. Selalu sangat tidur in Arabic class siapa suruh. Other than that is okay. Sir Fazli cakap kat mak aku yang dia tak sangka aku Bio A sebab aku selalu tidur dalam kelas dia. LOL. Saya minat Bio okey Sir! Hehe. Ustaz Sukri pulak macam muka lek je tengok result aku. Aku rasa memang dia dah target aku B agaknya. -.-'

4) Outing with QiQi, Nadz, and Naqis.
Aku sangat-sangat happy with their visit to my home. Bayangkan, after you berperang dengan exam, balik-balik, kawan yang superb gila bak hangg visit. Sangat AWESOME!!!! aku sayang korangggg muchooooo. muah muah. XOXO. moga ukhuwwah kita kekal selamanya. uhibukkifillah. abadan abada insya-Allah...! Moga perlindungan Allah bersama kalian!




5) AEO video with MZ and Nanadd
Brainstorming via Gtok and Email. Bincang with Usop. 

Shooting yang habis per planned even though hujan. 

Editing. Tak tidur. Nescafe. Kafe v4. I will never ever forget this. Wiu Wiu. Dengan si Efi and Razi silih ganti meneman. LOL.

Hasilnya?