Sunday, December 19, 2010

hua yu

wo hen xiang nian ni foo lao shi.
sebenarnya aku nak try tulis saya rindu foo lao shi sangat.

betul ke tak susunan ayat aku tak tau.dah lama dah tak bukak buku teks bahasa cina komunikasi aku tu.dah berhabuk pun rasanya..lao shi tu maksudnya cikgu okey.lao shi aku dah pergi sambung belajar.aku rindu sesangat kat dia.tapi takpe,加油/Jiāyóu/berusahalah lao shi.orang sll tulis chaiyok.tapi kalau ikutkan,jia you

kat sekolah aku ada bahasa asing.belajar dari form 1 sampai form 4.bahasa yang ada termasuklah mandarin,jepun dengan perancis.tapi silibus kitorang boleh kata macam silibus tadika takpun sekolah rendah kalau ikutkan.but,better than nothing rite?waktu mula-mula masuk i-gop tu dulu,aku dengan tekadnya pilih bahasa cina.iyelah,waktu sekolah rendah aku belajar kat sekolah yang majoritinya anak cina.jadi minat tu sedikit sebanyak dah tersemai dalam jiwa aku.plus,waktu tu minggu orientasi.tak sempat lagi nak tanya akak-akak bahasa apa yang best.tup2 cikgu kaunseling terchenta dah tanya nak amek bahasa apa.

waktu kelas first tu aku ingat lagi,lao shi tu nampak macam garang.tp muka lao shi aku ni chumel tau.macam muda je lagi.padahal dah 30+.dia marah sebab ada seorang budak laki tak serius waktu belajar.ahh,lantak la dia tu.lastnya lao shi tu bengang n suruh dia tukar gi kelas bahasa lain.maka tercampaklah lelaki itu ke kelas perancis.

mula2 belajar,senang.mana tak nya.men padan-padan.kaler-kaler.macam budak tadikalah senang cakap.belajar pasal alat tulis,family n benda2 basic yang lain.lepas tu aku dah mula rasa susah yang amat.mana taknya.tulisan cina @ dipanggil han zi tu memeningkan kepala otak aku yang tak bergeliga mana nieyh.mana nak ingat tulisan itu.tulisan ini.yg membantu nak ingat pun bu sou(tak tau betul ke tak eja ni).bu sou tu macam klu la.katakanlah tulisan 妈妈 ma ma/mak 姐姐jie jie/kakak.cuba perhatikan tulisan depan tu.sama kan.itulah namanya bu sou.bu sou yang ni,untuk perempuan.kalau nampak tulisan yang macam ni biasanya berkaitan dengan perempuan.

ni baru bab tulisan.dah bikin pening kepala.belum masuk tatabahasa/语法/yu fa dia lagi.lagi tumpo.aje pening dibuatnye yeop.

sekarang ni aku nak kenalkan diri aku dalam bahasa cina sikit.kalau salah banyak sorilah ye.teman ni blajo lagi.

wo jiao khairunnisa.wo shi liu sui.wo zhu zai ringlet.wo zai sbpi gopeng nian shu.wo de ba ba jiao ar alhan.wo de ma ma jiao usmalela.wo de jia  you ba ge ren.wo you yi ge gege,liang ge mei mei he liang ge di di.

takat tu je lah ye.nnti bila belajar lagi,buat entry baru pulak.:)