Saturday, December 25, 2010

perlu ke perempuan pandai memasak?

saya ada pengakuan berani mati nak buat.taklah berani mati sangat sebenarnya.

saya tak reti/tahu/suka memasak.

teruk tak?next year,i'm 17 dan yang saya reti masak ialah air dan nasi.goreng2 pun boleh jugaklah.tapi kalau suruh saya buat gulai segala.hua.surrender awal2.angkat bendera putih.

everything happen with reason kan?saya pun ada sebab pe.kenapa saya tak reti/tahu/suka memasak?

1-sbb saya suka masakan emak saya.kalau saya masak.nanti mak saya tak masak.macam mana nak makan masakan emak saya.betul tak?(okey,ni alasan nak ngelat)
2-sbb saya jenis yang tahu makan aje.(alasan bodoh lagi)
3-sbb takde masa kot nak bljr.saya kan duduk asrama.waktu cuti kerja meroloh(tidoq) n nengok tv.
4-ni reason yang paling konkrit.sbb sy tak minat oke.

mak saya selalu lecture tak henti-henti ooo.mak saya kata nanti dah kawin takkan nak bagi laki makan lauk kat kedai mamak hari2 kot.macam tu baik dia kawin ngan mamak tu je(kenapa mesti mamak?).hua.sadis oke.tapi saya bru 16 nak masuk 17 oke.lambat lagi nak kawin.saya nak dapat ijazah dulu.kerja dulu n banyak lagi benda yang saya nak buat sebelum kawin.lastnya,dengar je lah apa mak saya cakap.takkan nak melawan kot.saya tak mahu jadi anak derhaka lah.

kadang2 saya fikir jugak,penting sangatkah untuk seorang perempuan tu pandai memasak?bagi saya,pentinglah jugak sebenarnya.walaupun saya tak suka memasak,inilah hakikatnya.pandai memasak ni kira pakej sekalilah dalam usaha nak jadi isteri yang mithali.walaupun ada lelaki yang tak kisah,tapi yang banyak nye kisah.betul tak lelaki sekalian?siapa tak nak isteri yang pandai jaga makan minum suami kan?bila dah beranak pinak pun boleh jaga makan minum anak-anak.(saya tengah pelik dengan diri sendiri.kenapa saya tulis pasal rumahtangga segala ni?)

rasanya dah cukup saya merapu pasal rumahtangga ni.macam kelakarlah pulak.saya kan baru 16.muda belia lagi oke.

p/s:saya dah plan.lepas SPM baru nak belajar masak itu ini.gulai dan sup segala.murni tak plan saya?

11 comments:

nub said... [Reply]

ok la tu..jgn smpi masak nasik ayaq pon hangit.hhahak

♥khairunnisa ar alhan♥ said... [Reply]

nub...klo msk nasik ngan ayaq pon hangit kategori ICU tuh...

♥[tahirah]♥ said... [Reply]

HAHA.. tak berminat eh? Kne la minat2kan.. sy pon tk brape suke. Act bkn xske tapi mls XD (hehe takpe sbb umur bru 14..) Tp suke bwt cake..cari je resepi kat internet.. kan senang..

♥khairunnisa ar alhan♥ said... [Reply]

tahirah...msih cbe nak pupuk mnt...

tqaAwesome said... [Reply]

rileks la dear. aku pon tak reti masak gak mase 17teen. haha. takyah risau la. tapi since msok U ni, dah stat blaja sikit2. lagi2 dok umah sewa mmg setiap mggu ade turn kena masak. so mmg kne bljr lah

then, memasak ni tak perlu masa yg lama nak pandai. enjoyy! ^_^

Entri terbaru: My First Bento and Onigiri

aminmenulis said... [Reply]

Bg saya la, mmg penting sorang perempuan kena pandai masak, macam kita la, kalau nak banding banyak2 masakan tentu kita akan cakap, masakan mak paling sedap.. kan3? Hatta ayah kita pun, kalau tanya diorang akan cakap samaada masakan isteri atau ibu/nenek kita. biasanya akan ckp ibu/nenek kita jgk yg best.

Jd, kalau kita tak pandai masak, anak2 kita nak makan makanan yg sape masak nnt? bibik? haha..

Sbnarnya nak masak tak susah pun, kalau saya masak dalam masa 15,20 minit dah boleh siapkan gulai/kurma atau pape je la. Kalau yg dh prepare bahan2 segala bagai siap2, 10minit je dh leh siapkan satu masakan.

1 lg, sebab apa penting sangat perempuan kena pandai masak, melalui masakan yg kita masak sbnarnya ia akan mengalir satu ikatan kasih sayang, melalui air tangan seorang isteri/ibu/anak. Jugak menunjukkan perngorbanan/kecintaan seorang perempuan sanggup bersusah payah memasak untuk orang tersayang.

Juga satu bonus buat perempuan yg masih remaja, dalam usia belasan tahun sudah pandai memasak menunjukkan satu sifat tanggungjawab, pandai berdikari dan kematangan dlm diri seorang perempuan. Jd, takjub kan kalau baru darjah 6 dh pandai masak segala bagai lauk makanan?

blog-tips-kurus said... [Reply]

sangatlah untung kalau pandai masak tapi kalau dapat suami yang boleh memasak, lagilah BERUNTUNG..:)

♥khairunnisa ar alhan♥ said... [Reply]

blog-tips-kurus:haha:)

Rafina Mimi Zairul Murni said... [Reply]

perempuan MESTI pandai masak..hehe..kalau tak pandai,mesti belajar..tp tak belajar sekarang pun tak apa..sebab masak memasak ni sebenarnya bergantung pada pengalaman yang kita temph dari masa ke semasa.. :)

ALFALORA MOHD MUSTAFA said... [Reply]

tu la nasib pompuan!! huhhh!!! ngeeee

Ahmad Kamil said... [Reply]

salam,..ya ana knal dya ...