Thursday, December 9, 2010

proposal cintaku buatmu~mini novela~

"Qi,kau sibuk tak"
"Kenapa?Kau nak mintak tolong apa?"
"Jom ikut aku pergi taman sekejap.Bosanlah duduk kat dorm je"
"Okey jugak tu.Otak aku pun dah tepu ni.Study on tak boleh nak masuk doh...."

  Seperti selalunya,aku dan Qi akan ke Taman Sains kat belakang bengkel-bengkel yang bermacam-macam tu.Kadang-kadang siap bawak makanan lagi.Dah macam berkelah pulak.Lagipun kitorang je yang selalu 'hang out' kat situ.Yang lain lagi suka lepak kat asrama.Tak payah jalan jauh-jauh.Hibernasi je kejenye.Taman tu takdalah lawa  sangat.Tapi tenanglah jugak kalau nak 'hang out'.Kadang-kadang tu aku,Qi dan seorang lagi kawan kitorang,Mbok yang tak dapat nak ikut sebab terpaksa siapkan paperwork entahapaentah,siap bersihkan lagi taman ni.Ada sekali tu,siap bawak pokok bunga dari rumah nak letak letak kat taman.WAH!!!Dahsyat tak kitorang.Demi mengindahkan lagi tempat lepak-lepak,sangup tuh....Sekarang ni kitorang plan nak buat gazebo kat situ.Al-maklumlah,kitorang kan budak Teknikal.Boleh la buat projek gila cenggitu.

  Sanggup tu,menghadap Puan Pengetua yang ala-ala singa betina kurang makan tu demi nak mintak buat pangkin kat situ.Lastnya,dapat jugak.Fuhh...Lega kot.Tak payah nak menghadap Pengetua terchenta tu lagi.Setelah berpenat lelah buat pelan 3D segala,akhirnya lulus jugak permohonan tu.Kesian Cikgu Rayqal yang bak kata kawan-kawan aku kata,hensem macam Lee Min Ho tu terbabit sekali dalm kerja gila kitorang.Nasib baik cikgu tu sporting gila.Sanggup tu tolong kitorang edit pelan 3D.Maklumlah,kitorang ni 'engineer' amatur.Si Qi yang gila IT tu pun buat pelan 3D slow-slow,inikan aku yang fail bab IT ni.

ni dia plan yang berjaya kiotorang buat


   "Gee,ko nak bawak apa sekali ni?"
   "Qi,ko dah berapa lama selalu hang out dengan aku?Nak dekat 5 tahun kan?Tempat hang out je dah bah.Macam biasa la...Milo,biskut,roti dan yang paling penting,buku la.Hari ni nak study apa ya,Qi?"
  "Apa kata hari ni kita study Chemistry.Nak study Add Math,kita punya private tutor takde.Yelah,Mbok kan sibuk."
   "A'ahkan.Kesian aku tengok Mbok.Sibuk gila dia siapkan kertas kerja itu ini.Sejak dia jadi Setiausaha Badan Pengawas,jarang dia lepak dengan kita kan."
   "Gee,itu lumrah la beb.Tapi tak sangka kan.Waktu Form1 sampai Form 3,kita selalu buat hal-hal gila,tengok-tengok bila masuk Form 4 tahun lepas,Mbok jadi prefect.Kau jadi PRS.Aku ni,,,hambek ko,BASHAR.
   "Qi,kau aku tak terkejut langsung.Memang antara kita bertiga kau yang paling alim pun.Mbok la.Kau sedar tak kita dah borak panjang lebar ni.Jom lah gerak"
   "A'ahla Gee.Jom."

   Qi dengan Mbok ni dah lima tahun kawan dengan aku.Sejak Form 1 lagi.Masuk je Form 4 sama-sama pilih Teknikal.Sebelum kitorang buat Projek Gazebo Gila tu tahun lepas,kitorang selalu hang out kat garaj bas.Segala benda kitorang hangkut sekali pergi situ.Diorang ni memang memahami aku yang memang susah orang nak faham nieyh.Ni dia profil kitorang yang tak rasmi

Gee@aku
Najihah Akmar bt Yusof.Nama memang cam ayu.tapi aku wakil softball sekolah.Juga seorang PRS @Perosak Rakan Sebaya yang amat berkaliber.Huh.Perasan gak aku.Asal dari Kampar.Tapi sekarang menetap dekat Ringlet.

Qi
Aqilah Faqeh bt Harman.Nama dia memang sesuai dengan dia.Educated and Islamic.Kawan aku yang sorang ni memang baik tapi lok lak boleh tahan.Ahli BASHAR sekolah kitorang.Lujnah Usrah lagi tu.

Mbok
Aini Farahani Balqis bt Qaradhawi.Nama panggilan dia memang takda kena mengena langsung dengan nama sebenar dia yang sesedap rasa tu.Mbok ni sekepala dengan kitorang.Buat kerja gila,ajak je dia.Walaupun dia ni Pengawas,tapi sekali-sekala tu,buat kepala jugak.

bakal ku sambung lain kali.....

perhatian ye....gmbr 3D tu BUKAN bikin sendiri ye....